BERITA

Pulangkan tanah kami sebelum 8 Mac...

Fauwaz Abdul Aziz

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Feb 2008, 11:13 tengahari

"Pulangkan tanah kami sebelum 8 Mac, atau hilang undi kami."

kapar parliamentary seat contest 270208 komala devi Itulah mesej pendek tetapi keras dari bekas petani dan anggota keluarga mereka dari Kampung Perepat dalam kawasan Parlimen Kapar kepada penyandang kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN), P Komala Devi.

Mereka mendakwa menjadi mangsa kepada seorang Datuk yang ada kaitan dengan MIC yang merampas tanah tersebut.

Mereka juga kecewa dengan janji-janji pemimpin kerajaan dan ahli politik untuk memulangkan semula tanah mereka.

Sejak pilihanraya umum 2004 sehinggalah pilihanraya umum kali ini, semua janji tersebut tidak ditunaikan, kata mereka.

'Berkempen untuk pembangkang'

"Kamu sudah jemu dengan janji-janji tersebut. Kami mahu balik tanah yang diambil daripada kami dan dipulang sebelum 8 Mac ini. Atau, kami bukan sahaja tidak akan mengundi MIC, tetapi turut berkempen untuk pembangkang," kata A Arulmani.

Bapa Arulmani mengerjakan tanah tersebut sejak mendapat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di bawah skim Revolusi Hijau kerajaan.

kapar parliamentary seat 270208 Beliau adalah antara 900 petani India, Melayu dan India yang dijanjikan oleh kerajaan akan diberi hakmilik untuk tapak tanah seluas 1 hingga 1.6 ekar di kawasan tersebut, dengan syarat mereka mengusahakannya dalam tempoh masa setahun.

Walaupun telah memenuhi syarat tersebut serta syarat-syarat lain - mereka menanam tebu, kentang, kelapa dan kelapa sawit dan memperbaharui TOL setiap tahun - petani terbabit dan ramai lagi daripada jumlah asal seramai 900, masih belum mendapatkan menerima hak milik mereka.

Pada tahun 2002, mereka terperanjat apabila menyemak dengan pejabat tanah Klang dan mendapati tanah mereka yang diusahakan sejak 1981 itu, telah 'dianugerahkan' kepada saudara mara dan rakan seorang Datuk yang ada kaitan dengan MIC, yang memiliki sebuah firma guaman di Klang.

Tanah yang mereka usahakan selama ini kemudiannya dipasang pagar.

Kesemua mereka yang ditemubual ketika ditemui di Kampung Perepat hanya mampu menuding jari ke arah bekas tanah yang mereka usahakan itu yang kini telah menjadi milik Datuk tersebut.

S Muniandy, 82, berkata, beliau mengalami masalah jantung dan ia semakin terusk sejak mendapati kira-kira lima tahun lalu bahawa tanah miliknya itu kini kepunyaan orang lain.

"Dulu saya mengusahakan tanah tersebut. Sekarang saya tidak boleh kerana (keadaan) jantung saya. saya bergantung kepada lima anak saya untuk membantu (membiayai keperluan hidupnya)," kata Muniandy.

'Janji kosong'

Walaupun telah menulis dan bercakap dengan pegawai-pegawai di pejabat tanah Klang, Badan Pencegah Rasuah (BPR), ahli exco kerajaan negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pemimpin MIC, apa yang kami dapat hanya janji-janji kosong.

"Kami semua adalah (penyokong) Barisan Nasional. Tetapi Barisan Nasional 'jual' kami orang India," kata seorang lagi petani terbabit, A Vella.

Bagaimanapun, S Gunalan, anak petani di Kampung Perepat berkata, pilihanraya umum kali ini memberi mereka peluang untuk mengemukakan tuntutan mereka dengan jelas kepada BN.

Manakala ramai daripada 900 petani terbabit telah menerima 'surat tawaran' dari kerajaan negeri untuk memiliki tanah tersebut, tetapi itu sahaja yang mereka dapat, Gunalan.

Katanya jika diambil kira kesemua anak-anak dan cucu-cucu mereka yang telah besar, jumlah mereka yang menentang BN agak besar.

"Jumlahnya mencecah ribuan pengundi. Ini pastinya akan memberi kesan kepada undi BN jika mereka tidak menyelesaikan masalah ini sebelum pilihanraya 8 Mac ini," tegas Vella.

LIHAT VIDEO

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.