BERITA

Khairy, Chandra disaman RM110 juta

K Kabilan

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Mac 2008, 12:30 tengahari

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas timbalan presiden PKR, Chandra Muzaffar berhubung kenyataan mereka terhadapnya.

Selain menuntut permohonan maaf secara terbuka, Anwar juga menuntut gantirugi RM100 juta dari Khairy dan RM10 juta dari Chandra kerana didakwa telah mencemarkan reputasinya.

sankara nair Peguam Anwar telah menghantar surat tuntutan kepada Khairy dan Chandra, meminta mereka menarik balik kenyataan masing-masing dan memberi jaminan tidak akan mengulanginya.

Menurut Nair, dalam ceramahnya di Lembah Pantai pada 20 Februari lalu, Khairy memberi tanggapan kepada para hadirin bahawa Anwar seorang homoseksual dan bermoral rendah serta tiada nilai-nilai Islam.

Katanya, tuduhan dalam artikel-artikel terhadap pelanggannya itu berunsur fitnah yang serius dan telah mencemarkan beliau memandangkan kes pelanggannya (PP lwn Dato’ Seri Anwar Ibrahim) di mana beliau telah dibebaskan.

khairy jamaluddin interview 011107 assures Dalam surat kepada Khairy itu, Nair berkata tuduhannya terhadap Anwar adalah palsu.

Dalam suratnya kepada Chandra pula, Nair juga berkata komen Chandra yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 4 Mac membayangkan bahawa Anwar telah mengapi-apikan kebencian di kalangan kaum di Malaysia" dan telah melakukan kesalahan menghasut.

Nair merujuk kepada kenyataan yang dibuat dalam sebuah forum pada 3 Mac lalu. Chandra dilaporkan berkata, berdasarkan kepada pengalaman peribadinya dengan Anwar, pemimpin PKR itu bukan pilihan yang betul untuk menjadi seorang perdana menteri.

Khairy dan Chandra diberi tempoh 48 jam - sehingga esok - untuk menjawab surat tuntutan tersebut.

Reaksi Chandra

chandra muzaffar Sementara itu, dalam reaksinya terhadap surat tersebut, Chandra menghantar satu kenyataan kepada Malaysiakini mempertahankan kenyataannya itu.

Katanya, beliau juga akan mempertahankan kenyataannya di mana-mana mahkamah.

Chandra berkata beliau telah menjawab surat peguam Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Saya telah menulis kepada peguamnya dan dengan jelas menyatakan bahawa "saya tidak mempunyai sebarang sebab apa jua untukmenarik balik kenyataan yang saya buat di forum tersebut atau untuk memohon kepada Anwar Ibrahim,” katanya.

Chandra berkata, kenyataannya itu dibuat berdasarkan kepada fakta dan maklumat dalam pengetahuannya dan beliau akan mempertahannya di mahkamah.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.