Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai menjadi sasaran kumpulan perisik parti itu yang memantau tokoh-tokoh yang dianggap bermusuh dengan presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting.

Bekas ahli parlimen Petaling Jaya Selatan itu mengakui beliau diberitahu tentang kegiatan itu tetapi sehingga kini masih di peringkat pengesahan tentang kewujudannya, katanya kepada Malaysiakini .

"Saya dimaklumkan kewujudan kumpulan (seumpama) itu. Ia membuatkan saya mengambil lebih perhatian. Pastilah, saya akan cuba menjejaknya.

"Jika ia benar, mereka yang bertanggungjawab harus berdepan dengan ahli-ahli MCA kerana ia keji, khususnya jika anda menceroboh kehidupan peribadi orang lain," katanya di bilik gerakannya di Petaling Jaya.

"Saya dimaklumkan tidak lama dulu bahawa saya seorang daripada sasaran kumpulan pengintip ini," tambahnya.

Kenyataan Lim ini muncul sewaktu wujud rungutan minggu ini dalam kalangan beberapa tokoh parti itu tentang kewujudan pasukan pengintip tersebut.

Mereka mendakwa ia dibentuk tiga tahun lalu, dan mangsa pertamanya bekas menteri kesihatan dan naib presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Berita asal

ADS