Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Saya juga punca BN merosot
Diterbitkan:  Apr 11, 2008 10:08 AM
Dikemaskini: 3:18 PM

kemaskini 7:45pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau berasa bertanggungjawab berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

"Saya merasakan saya adalah penyebab kepada 'pembuangan undi' (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional.

"Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat najib abdullah umno 100408 sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan perhubungan Umno negeri petang ini.

Pertemuan lebih dua jam itu menjadi perhatian utama selepas Umno negeri dilaporkan akan "mendesak secara lembut" pengunduran Abdullah sebagai memikul tanggungjawab kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum ke-12.

Umno Johor hari ini mencadangkan Abdullah menyediakan "pelan tindakan peralihan" penggantinya tanpa memberikan tarikh beliau harus berundur - konsensus yang dicapai negeri itu pada mesyuarat 5 April lalu.

Pertemuan itu diketuai oleh menteri besar, yang juga ketua badan itu, Datuk Abdul Ghani Othman.

Turut hadir, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Muhyiddin Yassin (juba naib presiden Umno), menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana ada urusan rasmi di luar negara.

Menurut agensi Bernama lagi, perdana menteri menyedari banyak perubahan dijanjikannya kepada rakyat masih belum ditunaikan sehingga kini.

Perubahan itu, antaranya, reformasi sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, mengawal jenayah dan merapatkan hubungan antara kaum.

ADS