Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tahanan ISA alami masalah jantung
Diterbitkan:  Apr 12, 2008 2:13 PM
Dikemaskini: 6:14 PM

P Uthayakumar, pesakit kencing manis yang didakwa dinafikan hak mendapat rawatan di kem tahanan ISA, mengalami masalah jantung, kata abangnya dan pengerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Waythamoorthy.

uthayakumar new look taiping hospital 090408 "Doktor yang membuat pemeriksaan terhadapnya di hospital Taiping mengesyaki dia mengalami kerosakan otot jantung dan sedang menderitai serangan jantung secara senyap-senyap akibat dinafikan rawatan diabetes selama lebih sebulan,” katanya hari ini.

“Keluarga saya mengesahkan dia mengadu pandangannya yang makin kabur, pening-pening, rasa tidak bermaya dan tidak selesa di bahagian jantung."

Dalam kenyataan dari London, tempat beliau tinggal kini selepas siri tangkapan terhadap lima pemimpin Hindraf termasuk adiknya itu, Waythamoorthy berkata masalah kesihatan yang semakin buruk itu akibat keengganan pihak berkuasa kem tahanan Kamunting di Taiping memberi ubat kencing manis yang dimintanya.

Tunangnya S Indradevi telah menyerahkan ubat-ubatan kepada pusat tahanan dengan harapan ia akan diserahkan Uthayakumar.

"Tetapi tidak diserahkan (kepada pesakit)," kata Aliran Kesedaran Negara (Aliran) dalam kenyataan semalam.

"Tunangnya itu dilaporkan berkata Uthayakumar telah menulis enam pucuk surat kepada pengarah kem itu tetapi tidak pernah dijawab. Ubat-ubatan itu disyorkan oleh doktor untuk rawatan pada Januari."

bm lima tahanan hindraf Uthayakumar, yang dimasukkan ke hospital daerah itu selama tiga hari, telah dibebaskan 10 April.

Waythamoorthy menggesa penyokong-penyokong Hindraf membuat laporan polis terhadap pengarah kem tahanan itu dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar atas dakwaan "secara cuai dan tergesa-gesa membawa keluar Uthayakumar (dari hospital) dan oleh itu memburukkan tahap kesihatannya."

MIC akhir bulan lalu - menyertai gesaan bertubi-tubi pembangkang dan badan bukan kerajaan - mendesak lima pemimpin Hindraf itu dibebaskan dengan alasan, antaranya, beberapa daripada mereka mengalami masalah kesihatan.

Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan dua daripada mereka dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Bekas menteri itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

Kelima-lima pemimpin Hindraf itu kini merengkuk di kem tahanan Kamunting sejak 13 Disember lalu.

Pada 3 April, pertemuan Samy Vellu dengan menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar gagal membuahkan hasil. Berita asal .

ADS