Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tuntutan Cuepacs akhirnya diterima
Diterbitkan:  Apr 17, 2008 4:30 PM
Dikemaskini: Apr 18, 2008 2:57 AM

kemaskini 9:11pm Kerajaan menolak permohonan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar saguhati RM2,000 dibayar kepada setiap kakitangan kerajaan bagi menggantikan pemberian bonus.

Bagaimanapun 1.2 juta kakitangan awam mendapat lima lagi tuntutan yang diperjuangkan oleh kesatuan tersebut.

Lima tuntutan itu:

bullet button menaikkan elaun perumahan daripada RM180 sebulan kepada RM230,

bullet button meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40),

bullet button memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas,

bullet button melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun, dan

bullet button memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

Presiden Cuepacs Omar Osman memberitahu demikian selepas bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini.

Menurut laporan Bernama , Omar berkata sekarang bukan masa sesuai untuk kerajaan memenuhi tuntutan saguhati itu, lebih-lebih lagi dengan masalah kenaikan harga barang di negara ini.

"Lebih baik kita tolak satu tuntutan dan terima lima tuntutan. Tak rugi tolak satu tuntutan dan dapat lima tuntutan," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 10 September, Cuepacs menghantar memorandum memohon agar kerajaan mempertimbangkan semula pemberian bonus atau menggantikannya dengan saguhati RM2,000 kepada setiap kakitangan awam tanpa mengira gred.

Rombongan Cuepacs seramai sembilan orang membincangkan lima perkara termasuk pembayaran honoraium itu dalam pertemuan selama kira-kira sejam di pejabat perdana menteri.

Omar berkata, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS