Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tetap bertegas menuntut supaya kerajaan pusat mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

"Permintaan supaya dikembalikan wang royalti itu adalah permintaan rakyat Terengganu," katanya hari ini.

ahmad said terengganu mb pc 230408 01 Sehubungan itu, Ahmad berkata, beliau akan menemui perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dua minggu lagi untuk membincang soal tersebut.

Pembayaran royalti petroleum kepada Terengganu ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS.

Sebaliknya ia ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan" dan diuruskan terus oleh kerajaan pusat.

Ahmad berkata, selama ini projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat, menggunakan wang ehsan tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Kataya, ini menyebabkan ada di antara projek-projek terbabit tidak memberi manfaat atau keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu.

'Minyak habis'

"Wang ehsan ini banyak digunakan untuk pembinaan jalanraya tetapi ini tidak menguntungkan rakyat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini

"Ini kerana kerajaan negeri terpaksa membiayai kos penyelenggaraan manakala kerajaan pusat mendapat hasil dari cukai jalan.

"Kita juga bimbang minyak akan habis, menyebabkan Terengganu akan lumpuh. Petronas kata banyak Terengganu ada antara 15 hingga 20 tahun lagi," katanya.

Ahmad berkata, hasil minyak bukan setakat untuk pembinaan jalan sahaja "tetapi kita perlukan untuk pelaburan supaya kerajaan negeri mendapat hasilnya".

Di samping itu, katanya, wang ehsan itu juga digunakan untuk membiayai penganjuran Monsoon Cup setiap tahun, walaupun ia tidak menguntung.

Bagaimanapun, katanya, projek itu tidak boleh dihentikan kerana terdapat kontrak penganjuran untuk selama 10 tahun.

"Saya tidak mendapat laporan lengkap mengenai pembelajaan mengenai Monsoon Cup," katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini