Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kesesakan di depot imigresen Lenggeng - tempat berlakunya rusuhan Ahad lalu - mengakibatkan tahanannya tinggal dalam keadaan tegang dan amat tertekan, kata pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Sivasubramaniam hari ini.

suhakam lenggeng camp visit 240408 03 Depot tersebut menempatkan 1,090 tahanan dari 14 negara dan menghadapi masalah gangguan bekalan air - dua hingga tiga kali sebulan - setiap kali memakan masa hingga tiga hari.

Pesuruhjaya Suhakam itu melawat kem tersebut pagi tadi. Rusuhan itu berlaku Ahad lalu di mana kira-kira 60 tahanan dilaporkan cuba meruntuhkan pagar sebelum membakar bangunan pentadbiran di situ.

“Terlalu ramai tahanan, masalah tempat tinggal mereka, masalah makanan dan pengurusan mereka serta masalah bekalan air. Semua ini adalah isu-isu pokoknya," kata Siva dalam satu sidang akhbar selepas melawat depot tersebut.

Kakitangan tidak berpengalaman

Mengenai kakitangan di situ, Siva berkata hanya 40 daripada 208 jawatan yang diperlukan di situ, telah diisi oleh jabatan imigresen.

lenggeng detention camp myanmar burmese detainees incarcerated 220408 Ditambah pula, katanya, ramai daripada kakitangan tersebut tidak mempunyai pengalaman bekerja.

“Mereka datang dari kampung atau bandar (masing-masing) dan terus dihantar bertugas di sini, tanpa diberi latihan secukupnya untuk mengendalikan situasi tertentu (apabila ianya berlaku)," kata Siva.

Katanya, tahanan di situ telah mengadakan mogok lapar pada 3 April lalu dan Suhakam belum menerima sebarang bukti berlakunya deraan fizikal oleh anggota Rela yang bertugas mengawal depot tersebut.

“Berlaku mogok lapar, (tetapi pada) umumnya ia berpunca daripada keadaan tempat tinggal di situ," katanya.

“Pada masa yang sama, tidak terdapat bukti (mereka dipukul). Tetapi jika mendapat bukti, kita akan siasat," katanya.

suhakam lenggeng camp visit 240408 04 Beliau juga berkata tidak terdapat bukti yang menunjukkan perkara tersebut (dipukul) menjadi punca rusuhan Ahad lalu.

“Kita tidak mahu membuat andaian mengenai kes ini tetapi ia sedang disiasat oleh polis," tambahnya.

Siva kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa Suhakam memandang serius 'dakwaan tahanan dipukul" dan meminta pihak-pihak yang mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan.

Bagaimanapun, tegasnya, wujud rasa curiga tahanan terhadap anggota Rela yang mengawal depot tersebut kerana sebelum ini anggota Rela yang menangkap mereka dan ditahan di situ.

“Anggota Rela berniat baik dalam menjalankan tugas masing-masing. Ia merupakan persepsi terhadap mereka (yang perlu ditangani)," tegasnya.

Perlu perubahan drastik

Sejak berlaku rusuhan itu, kata Siva, pihak berkuasa telah memindahkan tahanan lelaki ke berapa depot lain dan tindakan itu telah dapat mengurangkan ketegangan di situ.

Kejadian itu juga, katanya, telah mendorong semua pihak yang bertanggungjawab duduk semeja untuk membincangkan masalah yang berlaku di depot imigresen tersebut.

suhakam lenggeng camp visit 240408 01 “Kita hanya boleh dapat menyelesaikan keadaan ini dengan mendapatkan bantuan dan sokongan dari semua pihak yang terbabit. Insiden ini telah membuka peluang untuk membuat perubahan drastik," kata Siva.

Untuk tujuan itu, katnya, Suhakam berharap dapat mengadakan perbincangan meja bulat dengan wakil-wakil dari Kementerian Dalam Negeri, Rela, Jabatan Imigresen serta Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian.

Sebelum ini , polis Negeri Sembilan berkata antara sebab berlakunya rusuhan tersebut mungkin kerana tahanan marah selepas permohonan mereka untuk ditempatkan ke negara ketiga, tidak berjaya.

Ketika ditemui selepas sidang akhbar tersebut, komander depot Lenggeng, Aziz Mansur menafikan tahanan dilayan secara ganas oleh anggota Rela atau pegawai imigresen.

ADS