Ketua bahagian Cheras menyifatkan tindakan ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta maaf dalam isu keris sebagai menjatuhkan maruah orang Melayu.

Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata, keris adalah lambang orang Melayu dan hak orang Melayu yang perlu dipelihara.

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheath "Hishammuddin mengapa perlu meminta maaf? Ini hak orang Melayu, apa kena minta maaf. Di mana maruah orang Melayu.

"Keris ada dalam bendera Umno. Dalam pertabalan Yang di-Pertuan Agong pun mencium keris. Ini simbol orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan perhimpunan agung khas Umno bahagian Cheras di ibu negara hari ini.

Seramai 222 perwakilan menghadiri perhimpunan tersebut.

Dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit, Syed Ali berkata, pemimpin tidak boleh takut dengan ahli-ahli di peringkat akar umbi.

Kerana mahu jawatan, mereka sanggup menjadi "pak sanggup" sehingga orang bawah dianggap sebagai sampah.

Tukang angguk

"Kita kena berani, sebagai pemimpin parti kena berani. Kita tidak mahu Majlis Tertinggi (MT) Umno sekadar menjadi tukang angguk dan geleng sahaja tetapi sebaliknya bertanggungjawab terhadap bangsa.

"(Ahli) MT dalam media selalu buat kenyataan 'saya sokong presiden parti, tiada masalah'," katanya.

Syed Ali juga berkata, ahli tidak mahu pemimpin seperti ini kerana ia hanya mementingkan diri sendiri.

Dalam ucapannya juga, Syed Ali mengkritik keputusan kerajaan membayar pampasan kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas yang dipecat semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad 20 tahun lalu.

"(Perdana) menteri minta maaf kepada Salleh, menteri apa ni? Tribunal yang pecat dia.

"Bawa kes ini ke mahkamah, kita cabar di mahkamah. Tak perlu beri duit rakyat kepada dia dan hakim-hakim lain yang dipecat.

"Ini semua kerana layan (tuntutan) Majlis Peguam, yang layan itu pasal apa," katanya lagi.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS