Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh sebuah majalah terkenal.

Keputusan itu dibuat berdasarkan undian secara dalam talian majalah mingguan antarabangsa Time .

Tokoh-tokoh tersebut dibahagikan dalam lima kategori: pemimpin dan revolusioner, hero dan perintis, ahli sains dan pemikir, seniman dan penghibur, serta jurubina dan titan.

Seratus tokoh paling berpengaruh dipilih daripada 207 tokoh yang dicalonkan.

Dalam majalah itu, Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan sikap toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Majalah itu melihat pemimpin pembangkang itu sebagai calon perdana menteri dan tokoh yang menuntut pilihanraya bebas dan adil di Malaysia.

rustam sani book launch 260408 anwar pc Tokoh yang mendapat sokongan tertinggi, pereka permainan video terkenal Shigeru Miyamoto, mendapat 2,008,705 undi.

Tempat kedua, artis pop Korea Selatan, Rain (1,568,612 undi) dan diikuti rapat pelakon komedi terkenal Stephen Colbert (918,105).

Tempat keempat dan kelima masing-masing dikuasai Heidi Klum (26,587) dan Tyra Banks (17,011) – kedua-duanya peragawati tersohor.

Anwar, walaupun mendapat undian yang lebih tinggi (42,116) daripada dua jelitawan ini, namun bekas timbalan perdana menteri itu ketinggalan dari sudut purata pemeringkatan, menyebabkan beliau berada di tangga ke-85 dalam senarai tersebut.

Keputusan undian tersebut dimuatkan dalam edisi terbaru majalah itu dan boleh juga dicapai di laman webnya www.time.com .

Selain undian, kriteria lain yang turut dipertimbangkan termasuklah hit di enjin carian Google dan di laman web perkongsian video Youtube.com, selain masukan dalam ensiklopedia Wikipedia.

Time mengeluarkan senarai ini setiap tahun mulai 1999 dan kemudian dihidupkan semula pada 2004 .

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS