BERITA

Isteri tak sangka Raja Petra enggan ikatjamin

Chan Kok Leong

Diterbitkan
Dikemaskini 6 Mei 2008, 11:22 tengahari

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah terperanjat dengan keengganan suaminya untuk membayar ikatjamin ke atasnya selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

raja petra court case 060508 marina lee abdullah Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

"Ini adalah satu kenyataan yang mahu dibuatnya. Beliau merasakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kita tidak ada wang (untuk membayarnya)," kata Marina (foto).

"Jika kita lancarkan kempen sumbangan RM1 seorang dan bila dapat mengumpul jumlah yang mencukupi, kita akan membayar ikatjaminnya secepat mungkin," katanya, merujuk kepada kempen mengumpul dana tersebut dalam Malaysia Today untuk membayar ikatjamin Raja Petra.

"Pada masa ini, saya agak terperanjat dengan apa yang dilakukannya (enggan diikatjamin), jadi biarlah saya menemuinya dahulu esok. Dan kita akan putuskan selepas itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada mereka sekeluarga bersedia untuk berdepan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap Raja Petra, Marina berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan anak-anaknya selepas ini.

"Saya tidak fikir ada sesiapa yang bersedia (untuk menghadapi keadaan seperti ini). Saya baru sahaja menelefon anak-anak saya untuk memberitahu mereka mengenai perkara ini. Kita akan balik dan mengadakan perhimpunan keluarga untuk membincangkan perkara tersebut," katanya.

Marina juga berkata, beliau kesal dengan layanan pihak polis termasuk suaminya sebelum beliau didakwa di mahkamah hari ini.

raja petra court case 060508 petra lockup "Saya tidak marah tetapi saya sangat kesal dengan apa yang dilakukan secara tergesa-gesa. Mereka menghantar kami ke mahkamah (Jalan Duta) dan kemudiannya menyuruh kami ke mahkamah lain (Petaling Jaya).

"Mereka menghantar kami ke stesen polis ini dan kata datang datang esok dan kemudian mereka datang ke rumah untuk mengambil komputer. Dan inipun berlaku hari ini apabila mereka mahu mendakwanya (di mahkamah).

"Kami pergi ke sana pada jam 8.30 pagi dan menunggu hingga jam 11 pagi dan mereka berkata, bukan di sana dan meminta kami datang ke (Mahkamah) Sesyen PJ. Ianya seperti sarkas. Ia tidak nampak seperti mereka serius. Ia tuduhan yang direka. Seolah-olah semuanya dilakukan secara tergesa-gesa," katanya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.