Nampaknya isu berhubung pemasangan tembok penghalang di Bandar Mahkota Cheras (BMC) antara penduduk dan syarikat konsesi tol, Grand Saga Sdn Bhd belum berakhir.

Kali ini, Grand Saga tidak lagi memasang tembok konkrit, tetapi membina dinding penghadang kekal menggunakan konkrit.

Polis mengawal kira-kira 400 penduduk daripada mengganggu pekerja membina penghadang di jalan pintas itu yang digunakan oleh penduduk untuk mengelak membayar tol.

Bagaimanapun, kira-kira jam 11 malam ini, polis menembak gas pemedih mata kira-kira jam 11 malam untuk menyuraikan 500 penduduk yang cuba membuang tembok penghalang tersebut, menutup jalan pintas di situ bagi mengelak bayaran tol.

Mereka cuba membuang mengguna tangan tembok penghalang yang separuh siap itu.

Kira-kira 50 polis pencegah rusuhan melepaskan sekurang-kurang tiga kali tembakan gas pemedih mata selepas mereka gagal menyuraikan orang ramai dengan menggunakan meriam air.

Sewaktu ketegangan tersebut, pengerusi jawatankuasa BMC, Tan Boon Hwa ditahan polis.

Sebelum ini, dua orang telah ditahan polis.

Buang semula

Penduduk di situ bertindak membuang tembok halangan tersebut pada 21 April lalu kerana mendakwa tanah itu milik pemaju.

Kira-kira 100 anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), dihantar ke situ ketika tembok penghalang itu dipasang semula malam tadi.

mahkota cheras road blockade protest pc 080508 07 Turut hadir ialah ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Apabila Malaysiakini pergi ke tempat itu semula kira-kira jam 10.30 pagi tadi, tembok tersebut sudah dibuang dan lalulintas bergerak seperti biasa.

Penduduk bertindak membuang tembok tersebut selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan bahawa ianya haram.

Ahli exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, yang melawat tempat tersebut pagi tadi berkata tidak kira berapa kali Grand Saga memasang tembok tersebut, para penduduk tetap akan membuangnya semula.

mahkota cheras road blockade protest pc 080508 11 "Apa yang berlaku semalam, tidak seharusnya terjadi. Kerajaan negeri melalui perkhidmatan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mempunyai bidangkuasa penuh terhadap jalan tersebut dan Grand Saga tidak mempunyai kuasa untuk meletakkan tembok penghalang di situ," katanya.

Polis mesti berkecuali

Liu berkata, polis perlu bersikap berkecuali dan tidak dilihat seolah-olah bertindak bagi pihak Grand Saga dan kerajaan pusat.

mahkota cheras road blockade protest pc 080508 03 Beliau juga menasihatkan penduduk di situ supaya bertindak secara provokasi bila berdepan dengan tindakan Grand Saga pada masa depan.

"Tetapi Grand Saga dan polis mesti mengambil kira perasaan penduduk di sini kerana mereka mempunyai hak untuk merasa kecewa," tegasnya.

Liu juga mengalu-alukan langkah penduduk untuk mendapatkan perintah mahkamah terhadap Grand Saga.

Tuntutan bagi mendapatkan pampasan mesti dibuat di mahkamah, katanya sambil menambah, permohonan mendapatkan perintah mahkamah itu mungkin difailkan hari ini atau esok.

mahkota cheras road blockade protest pc 080508 10 Mengenai laporan ukur yang sepatutnya dikeluarkan oleh Jupem minggu lalu, Liu berkata sehingga ini ia belum dikeluarkan dan beliau kecewa dengannya.

"Tetapi Jupem bagaimanapun telah menjalankan tugasnya. Mereka telah menanda dengan cat merah, sempadan yang menunjukkan bahawa jalan tersebut milik kerajaan negeri, tetapi ianya telah dipadamkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam satu perkembangan berkaitan, dua penduduk yang ditahan semalam, dijangka didakwa kerana memukul anggota polis.

Kedua-duanya sedang ditahan di balai polis Cheras.

Saksikan klip video

bandar mahkota cheras access road aerial view 080508

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini