Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fairuz orangnya, lapor akhbar
Diterbitkan:  May 10, 2008 1:04 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Siasatan suruhanjaya diraja telah mengenalpasati bekas seorang ketua hakim negara sebagai orang yang terbabit dalam klip video yang menunjukkan seorang peguam kanan mengatur pelantikan hakim, demikian menurut laporan akhbar hari ini.

Dalam laporan muka depannya, akhbar berbahasa Inggeris, The Star, melaporkan bahawa panel penyiasat telah mengenalpasti Tun Ahmad Fairuz Sheikh Halim sebagai orang yang bercakap dengan peguam Datuk VK Lingam dalam klip yang dirakamkan pada tahun 2001 itu.

Panel siasatan lima orang itu, yang mengemukakan laporan yang panjang lebar kepada Yang di-Pertuan Agong semalam, mendapati klip dan perbualan tersebut adalah tulen, lapor

akhbar tersebut yang memetik sumber-sumber dari suruhanjaya tersebut.

Pengerusi suruhanjaya diraja itu, Tan Sri Haidar Mohamed Noor telah menyarankan agar laporan penuh siasatan terhadap klip video tersebut diumumkan kepada awam, tetapi perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau belum membacanya dan oleh itu belum memutuskan mengenainya, lapor akhbar itu lagi.

Mabuk atau cakap besar

Para pegawai suruhanjaya tersebut tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.

Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan klip video tersebut tahun lalu.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat klip video tersebut, dengan memanggil saksi-saksi terkemuka termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang menteri kabinet dan beberapa bekas ketua hakim, untuk memberi keterangan.

Lingam enggan mengesahkan yang beliau adalah individu yang bercakap dalam video tersebut, dan berkata, jika beliaulah orangnya, sudah pastinya beliau sedang mabuk atau sengaja bercakap besar.

Skandal tersebut telah mencalarkan ime badan kehakiman Malaysia dan persoalan telah ditimbulkan berhubung penghakiman dalam kes-kes yang membabit mereka yang dikaitkan dalam skandal tersebut.

- AFP

ADS