BERITA

Cina lulusan Azhar boleh jadi MB

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Mei 2008, 5:54 pagi

Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar.

nik aziz "Kalau ada orang Cina yang keluar dari al-Azhar, saya sanggup (serahkan jawatan menteri besar)," katanya.

Menurut laporan Bernama , Nik Aziz menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi.

Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong PAS turut mengundi DAP dan PKR.

"Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.