Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BPR mula siasat kes video Lingam
Diterbitkan:  May 27, 2008 11:53 PM
Dikemaskini: 6:02 PM

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatan terhadap kes pita video Lingam dan berjanji akan menemubual semua individu yang disebut dalam rakaman itu.

Mereka termasuk enam tokoh yang dikenal pasti dalam laporan suruhanjaya siasatan diraja berhubung klip video VK Lingam, kata timbalan ketua pengarah satu BPR Datuk Abu Kassim Mohamed hari ini.

"Kami telah memulakan siasatan terhadap kes ini, tapi saya tak boleh dedahkan apa-apa.

"Apa yang boleh dinyatakan ialah siasatan ini dibuat mengikut Akta Rasuah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang BPR di Putrajaya.

bm version lingam tape probe the gang of six Menurut laporan Bernama , beliau berkata, siasatan yang dijalankan dengan kerjasama polis itu dimulakan sejurus selepas laporan suruhanjaya berkenaan diumumkan kepada orang ramai kira-kira dua minggu lalu.

"Perdana menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mahu siasatan disiapkan menjelang akhir tahun ini. Kami membuat siasatan secara menyeluruh, melihat semua aspek berhubung kes itu, tapi belum memanggil enam tokoh terbabit," katanya.

Suruhanjaya itu ditubuhkan akhir tahun lalu berikutan tersiarnya klip video berkenaan yang memaparkan peguam terkenal Lingam berbual melalui telefon, didakwa dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bagi mengatur pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu menyiapkan laporannya awal tahun ini.

Pada 16 Mei, kabinet mengarahkan peguam negara segera meminta agensi berkaitan menyiasat tuduhan yang dilemparkan terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent Tan, selain Ahmad Fairuz dan Lingam sendiri.

Dalam laporannya, suruhanjaya itu berkata terdapat alasan kukuh untuk menyiasat beberapa individu terbabit mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Rasuah 1961, Akta Profesion Guaman 1976 dan Akta Rahsia Rasmi 1972.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS