BERITA

BMC: Polis belasah remaja

Syed Jaymal Zahiid

Diterbitkan
Dikemaskini 28 Mei 2008, 3:47 petang

Menurut ceritanya, dia hanya ingin melihat apa sedang berlaku di tempat pembinaan benteng konkrit dekat Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.

cheras mahkota fru assault on car sequence 280508 Bagaimanapun, apa yang berlaku, Chang Jiun Haur berlumuran darah selepas dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang.

chang jiun haur beaten up youth by fru police cheras mahkota Chang, 21, bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki, sedang memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta yang mereka naiki dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.

Seorang pegawai tinggi yang berada di situ, mendakwa Chang melanggar seorang anggota FRU dengan keretanya.

Apabila diminta menunjukkan anggota yang kena langgar itu, pegawai berkenaan pada mulanya menghadapi kesukaran meminta anggota berkenaan tampil ke hadapan.

Anggota berkenaan yang nampak tidak apa-apa mendakwa: "Dia cuba langgar saya...lihat cota patah. Nak bukti apa lagi?"

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorang pun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.

Ketika ditemui di hospital pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, Chang juga menafikan yang dia telah melanggar anggota polis.

cheras mahkota road grand saga barricade fru assault 280508 01 "Kami baru sahaja balik (ke Kuala Lumpur) dari Port Dickson dan mahu melihat apa yang sedang berlaku," kata Chang yang terbaring di katil dengan mulutnya yang berdarah.

Bajunya telah dikoyak oleh polis manakala seluarnya berlumuran darah. Difahamkan Chang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Adik perempuan dan dua rakan lelakinya turut ditahan malam tadi, tetapi menurut pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa, mereka dibebaskan hari ini.

Ahli exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu, yang melawat Chang malam tadi berkata, polis telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan.

"Polis sepatutnya menjaga undang-undang dan ketenteraman awam dan bukannya memukul orang. Saya amat kecewa. Parti saya (DAP) akan menyediakan peguam untuk Chang dan yang lain-lainnya," kata Liu.

‘Wartawan diserang'

Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan hari ini bahawa lebih daripada 10 orang cedera parah dalam kejadian malam tadi, selepas penduduk BMC dibelasah oleh ‘samseng' yang ditugas menjaga benteng konkrit di situ.

cheras mahkota road grand saga barricade 270508 new barricade Syarikat konsesi lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga, bagaimanapun, menafikan terbabit dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 7 malam semalam, penduduk yang cuba meruntuhkan benteng yang baru dibina semula pada sebelah siangnya, bertembung dengan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan batang besi, topi keledar dan batang kayu.

"Mereka terus menyertang penduduk terbabit. Kira-kira 10 orang dipukul dan tiga daripadanya adalah wartawan. Kamera juga turut dirampas," dakwa Tan.

Akhbai Star melaporkan bahawa jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz dipukul ketika di cuba mengambil gambar pergaduhan tersebut.

mahkota cheras grand saga road barricade fru assault 280508 03 Penduduk BMC, Chin Kee Chong patah tangan kanannya serta turut cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi penduduk - Lee Ah Seng - cedera parah di kepalanya yang memerlukan tujuh jahitan.

Sesetengah penduduk mendakwa, beberapa anggota polis yang berada di situ tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan keadaan yang berlaku.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kajang Shakaruddin Che Mood berkata mereka hanyalah anggota polis trafik yang dihantar untuk mengawal lalulintas di situ.

"Mereka sibuk mengawal lalulintas dan tidak dapat berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita sambil menambah, lima laporan polis telah dibuat berhubung kes pergaduhan tersebut. Berita asal

Klik di sini untuk melihat video

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.