Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syabas diarah potong RM11.40 dari bil
Diterbitkan:  Jun 7, 2008 12:50 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah diarahkan menolak RM11.40 dari bil pengguna individu mulai bulan ini - iaitu nilai 20 meter padu bekalan air percuma yang dijanjikan kepada rakyat Selangor.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan bahawa bekalan 20 meter padu air percuma berjalan seperti dirancang.

khalid ibrahim selangor water Katanya, kerajaan Selangor telah mengarahkan Syabas berbuat demikian mulai bulan ini, demikian menurut laporan Bernama.

Khalid berkata, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) telah mengeluarkan surat kepada Syabas semalam, mengarahkan syarikat tersebut melaksanakan pemotongan harga air itu.

"Pengguna tidak perlu ragu atau bimbang tidak akan dapat air percuma kerana kerajaan jamin ia akan diberi," katanya.

Mulai 1 Jun,1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum lalu.

Syabas, dalam satu kenyataan media kelmarin, menyatakan akan mengeluarkan bil air kepada pengguna di Selangor seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

ADS