Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang

PAS menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".

Ketua penerangannya Mahfuz Omar berkata laporan dan SMS yang mendakwa parti itu telah menghantar satu rombongan perundingan dengan Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran.

"Saya mewakili PAS ingin menafikan sekeras-kerasnya kewujudan perkara tersebut," katanya.

Beliau mendakwa, penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat" pihak media dan BN dalam usaha mereka untuk "pecah dan perintah Pakatan Rakyat".

Mahfuz berkata penyebaran itu bertujuan "menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan, rakyat dan pengundi terhadap PAS."

"Tentunya PAS tidak sama sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat," katanya.