Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 50 orang menyertai perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak yang diadakan di Masjid Negara di ibu negara selepas solat Jumaat tengah hari ini.

petrol protes signature drive masjid negara 270608 04 Selain ucapan beberapa pemimpin pembangkang, Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) juga mengumpulkan tandatangan untuk diserahkan kepada menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad.

Dalam ucapannya, ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau tidak boleh menerima pengumuman perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberikan subsidi tambahan.

"Dakwaan bahawa ia (kenaikan harga minyak) kerana globalisasi tidak boleh diterima kerana harga minyak di Venezuela cuma US$16 dolar setong.

"Globalisasi boleh diterima jika negara kita pengimport minyak," katanya, yang turut mengetuai Geramm.

Beliau berkata Geramm yakin akan mendapat sejuta tanda tangan sebagai tanda membantah kenaikan harga minyak awal bulan ini.

Katanya, sejak dilancarkan, kira-kira 10,000 tandatangan telah terkumpul dan berharap sasaran sejuta akan tercapai seberapa cepat yang boleh.

petrol protes signature drive masjid negara 270608 01 Manakala esok, tambahnya, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengedarkan risalah di beberapa tempat di ibu negara mengenai kesan kenaikan harga minyak dan kesannya kepada rakyat.

"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah KLLC, Ampang Park, dan Bukit Bintang dan mereka berjalan sebelum berakhir di kompleks membeli-belah Sogo,” katanya.

Turut hadir di masjid hari ini, ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Mereka menggesa orang ramai hadir di lapangan depan pusat membeli-belah Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 6 Julai.

ADS