BERITA

Saya sudah muak, kata Nurul Izzah

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Jul 2008, 9:00 pagi

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau sudah muak dengan tuduhan liwat yang dilemparkan terhadap bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata anak sulung ketua umum PKR itu, beliau akan menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

nurul izzah 050407 talking "Saya sudah muak (dakwaan liwat melibatkan Anwar). Sepuluh tahun (keluarga) terpaksa menghadapi fitnah-fitnah sedemikian," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-25 Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di ibunegara hari ini.

Menurut laporan Bernama, Nurul Izzah berkata, sungguhpun bapa serta keluarganya terpaksa sekali lagi mengharungi kemelut yang sama seperti 10 tahun lalu, namun ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

Nurul Izzah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh pembantu khas bapanya - Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia liwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Dalam laporan polis yang dibuat di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu, Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh Anwar dengan kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di

Damansara.

Nurul Izzah berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan itu dan berharap ia akan dilakukan secara terperinci serta adil kepada semua pihak.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.