BERITA

'Saya tak kata Anwar pengintip AS'

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Jul 2008, 7:07 pagi

Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka meminta bantuan Amerika Syarikat dan negara luar mendorong kuasa besar itu sanggup mencampuri urusan Malaysia.

"Saya tidak pernah mengatakan dia pengintip. Dia yang melaporkan dan memang benar Amerika suruh kita (Malaysia) berhenti penyiasatan (tuduhan liwat). Inilah buktinya dan kalau dia fikir betul itu hak dialah," kata menteri dalam negeri.

"Hak saya menyuarakan pendapat dan jangan kita ingat semua pandangan yang diberikan Anwar mesti betul."

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan Syed Hamid kepada pemberita selepas menerima kunjungan penasihat luar Bangladesh Dr Iftekhar Ahmed Chowdhury di

pejabatnya di Bangunan Parlimen semalam.

Beliau berkata tindakan Anwar yang keresahan membuktikan bahawa sememangnya penasihat PKR menjadi pelapor kepada AS, lapor Bernama .

"Kita belum ada apa-apa lagi bukti yang mengatakan Anwar bersalah. Pasal apa yang dia bising dan menggelabah, seolah-olah dah ada bukti yang dia bersalah.

"Kita tak buat apa-apa. Saya kata biarlah polis siasat... bila polis selesai buat kerja mereka, kita akan tahu apa yang sebenarnya," Syed Hamid dipetik sebagai berkata.

Jurucakap Jabatan Negara AS Tom Casey dalam kenyataannya

baru-baru ini berkata negara itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar jika ia bermotifkan politik.

Anwar dalam laporan Malaysiakini menafikan dakwaan beliau pelapor kepada AS dan mencabar kerajaan membuktikan tuduhan itu.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.