Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen kecoh isu skirt, isyarat tangan
Diterbitkan:  Jul 10, 2008 3:09 PM
Dikemaskini: 12:09 PM

Sesi penggulungan hari ini kecoh seketika apabila isu pemakaian skirt seorang wartawan yang ditegur pihak keselamatan Parlimen semalam dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Ketika Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) bangun bertanya sebab pemberita terbabit ditegah masuk, timbalan yang dipertua Datuk Ronald Kiandee menjawab perkara itu berlaku di luar dewan dan tidak sepatutnya dibawa ke dalam mesyuarat.

"Tumpukan balik kepada perjalanan mesyuarat," katanya.

M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) turut bangun bertanya siapa memberi arahan sedemikian kepada pihak keselamatan Parlimen.

parliament dress code issue 100708 02 Kiandee berkata beliau tidak pasti siapa yang memberi arahan tetapi meminta Kulasegaran supaya meminta penjelasan daripada pihak pentadbiran Parlimen.

"Ini soal pentadbiran Parlimen. Kalau nak mengganggu perjalanan mesyuarat, saya rasa itu tidak perlu.

Isyarat tangan

"Adakah kita mahu membahaskan perkara itu di dalam mesyuarat ini?" katanya.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa penolong pengarang berita Kwong Wah Daily , Denise Lee, dihalang masuk ke bangunan Parlimen semalam dengan alasan skirt yang dipakainya singkat.

Dalam isu lain, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mahu supaya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat satu isyarat tangan yang disifatkan sebagai memalukan.

"Ini bukan tak berlaku dan Kinabatangan sudah mengakuinya. Mereka terlepas sahaja. Ahli (dewan) tak nampak (tetapi) rakyat Malaysia nampak, orang di luar nampak," katanya.

ADS