BERITA

BPR soal siasat Musa, Gani hari ini

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Jul 2008, 8:55 pagi

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk disoalsiasat pagi ini.

musa gani aca 110708 arrive 2 BPR dipercayai menyoalsiasat mereka berhubung dakwaan yang mereka terbabit dalam mereka bukti terhadap mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden mata lebam.

Musa tiba di perkarangan ibu pejabat BPR di Putrajaya kira-kira 8.25 pagi dengan enaiki kereta bernombor pendaftaran WPW 9037.

Beliau kelihatan ceria dan sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang menunggu sejak jam 7.30 pagi.

Setelah selesai memberi keterangan lebih empat jam, Musa dilihat meninggalkan perkarangan ibu pejabat BPR itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Abdul Gani pula tiba jam 9.50 pagi dengan menaiki kereta bernombor

pendaftaran WLU 29 dan beredar kira-kira 1 jam 40 minit kemudian.

Selasa lalu, Anwar yang juga ketua umum PKR membuat laporan polis terhadap Musa dan Abdul Gani yang didakwanya mereka bukti dalam perbicaraannya 10 tahun yang lalu.

Pada masa itu, Musa adalah pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya kes terhadap Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1999, beliau dibawa ke ibupejabat di Bukit Aman di mana mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.

Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

anwar ibrahim black eye small 080206 Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.

Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta doktor lain, Dr Abdul Rahman Yusof, mereka laporan perubatan kedua.

Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

musa gani aca 110708 arrival BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika wartawan berusaha mendapatkan ulasan dari Abdul Gani, beliau ang enggan mengulas berkata: "Saya perlu bergegas menghadiri mesyuarat."

Musa pula ketika ditanya mengenai kehadirannya di ibu pejabat BPR itu, berkata beliau tidak perlu memberikan sebarang kenyataan lagi selepas memberikan eterangannya kepada BPR.

"Saya tidak ada apa nak cakap, mereka sudahpun merekodkan kenyataan saya. adi, saya tidak boleh cakap apa-apa lagilah," katanya.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.