Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muzakarah: BBPM sedia jadi orang tengah
Diterbitkan:  Jul 18, 2008 11:29 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi 'orang tengah' bagi menjayakan muzakarah antara Umno dan PAS dalam membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam.

Ketua Umum BBPM Osman Abu Bakar berkata, BBPM sedia menjadi orang tengah demi perpaduan parti politik ini.

"Adalah menjadi objektif utama BBPM untuk melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini mencari kebaikan dan perdamaian supaya keadaan politik negara lebih mantap.

"Dengan itu, dunia luar akan memberi tumpuan kepada politik Malaysia dan membawa kepada pelaburan yang banyak sekaligus, meningkatkan ekonomi negara," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kesediaan PAS bermuzakarah dengan Umno, melalui pihak ketiga.

Nik Abdul Aziz berkata syarat itu sebagai salah satu jaminan bahawa PAS tidak diperangkap oleh permainan politik UMNO sebagaimana yang pernah dialami sebelum ini sehingga wujud keretakan besar dalam PAS.

BBPM adalah gabungan 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam yang berperanan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik.

ADS