Jawatan ketua Umno bahagian Wangsa Maju akan menyaksikan perebutan tiga penjuru dalam pemilihan parti September depan.

Mereka yang akan berentap merebut jawatan tersebut, ialah pemangku ketua bahagian, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin; bekas ketua bahagian, Astaman Abdul Aziz dan naib ketua, Datuk Mohd Shafie Abdullah.

astaman abdul aziz Astaman kehilangan jawatan tersebut selepas digantung tiga tahun kerana terbabit dalam politik wang dalam pemilihan lalu. Ekoran itu, Zainal yang merupakan timbalan ketua, telah dilantik memangku jawatan tersebut.

Astaman juga merupakan bekas ahli parlimen Titiwangsa, Zainal seorang ahli perniagaan dan Mohd Shafie pula setiausaha politik timbalan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

norza zakaria Bagaimanapun, ketua pemuda bahagian, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang disebut-sebut bertanding jawatan ketua bahagian, dikatakan tidak akan berbuat demikian.

"Saya akan mempertahankan jawatan ketua bahagian yang saya menangi tanpa bertanding pada 2004," kata Astaman ketika dihubungi Malaysiakini.

"Saya berhak bertanding kerana tempoh penggantungan saya telah berakhir Oktober tahun lalu," tambahnya.

Astaman berkata, kini terpulang kepada perwakilan Umno bahagian Wangsa Maju untuk memilih ketua bahagian tersebut.

Mesti ada komitmen

Katanya, penyandang jawatan ketua bahagian Wangsa Maju seharusnya seorang yang komitmen terhadap tugasnya.

Sehubungan itu, katanya, ketua bahagian perlu mengadakan aktiviti dengan rakyat supaya mereka melihat Umno sebagai sebuah parti yang memikirkan masalah rakyat.

Umno bahagian Wangsa Maju mempunyai 42 cawangan dan jumlah keahlian kira-kira 10,000 orang, dengan kira-kira 58,000 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Mohd Shafie menjelaskan beliau menawarkan diri bertanding tersebut atas kehendak ketua-ketua cawangan dan ahli bahagian tersebut.

Serah pada ahli

"Kini terpulang kepada mereka untuk menentukan siapa yang lebih layak menjadi ketua bahagian Wangsa Maju," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shafie bukan muka baru dalam politik wangsa Maju kerana sudah dua penggal menjadi niab ketua, selain pernah memegang pelbagai jawatan dalam pergerakan pemuda bahagian.

Bagaimanapun, Malaysiakini gagal menghubungi Zainal untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara tersebut.

Mesyuarat cawangan Umno bermula semalam manakala bahagian akan bermesyuarat September depan.

Manakala perhimpunan agung Umno akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 16 hingga 20 Disember depan.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini