Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta untuk memberi pinjaman kepada pengusaha pengangkutan awam menggunakan teknologi hidrofuel yang boleh menjimat minyak sehingga 50 peratus.

"Kita perlu mengurangkan penggantungan kepada penggunaan petrol dan diesel dan mencari alternatif baru," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi.

abdullah taxi 180708 Hidrofuel yang berharga RM1,300 setiap satu, adalah teknologi penjimatan bahan bakar alternatif yang berasaskan air, melibatkan separa kacukan semi-hybrid petroleum dan hidrogen.

Buat permulaannya, teknologi yang dibangunan oleh sebuah syarikat bumiputera, akan digunakan oleh 100 teksi dari pertubuhan pemandu dan pengusaha teksi, limosin, dan kereta sewa Malaysia.

Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

"Keputusan saya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 menyebabkan orang marah dan memaki hamun terhadap saya," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan harga minyak itu menyebabkan penggunaan pengangkutan semakin mendapat sambutan.

100 bas mula guna

"Oleh kerana itu, kerajaan telah mengambil langkah membeli 100 bas RapidPenang.

"Selain itu, RapidKL menambah kekerapan perjalanan bas. Kerajaan juga akan menambah sistem LRT," katanya.

Menurutnya, bagi mengurangkan penggantungan kepada petrol dan diesel, Malaysia tidak boleh lagi menjadi negara pengguna teknologi, tetapi sebaliknya pencipta teknologi.

"Saya dimaklumkan bahawa teknologi hidrofuel berkesan.

Kerajaan memberi jaminan, teknologi yang berpotensi perlu diberi peluang untuk berkembang," katanya.

Namun begitu, katanya, banyak penduduk tempatan tidak memberi perhatian kepada produk dalam negara.

"Ini perangai orang Malaysia, kurang yakin nak beli produk tempatan. Kalau produk dari negeri orang putih, mereka sokong, mereka beli.

"Oleh itu, kena beri sokongan kepada teknologi tempatan," tambahnya.

ADS