Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suhakam mungkin turun taraf
Diterbitkan:  Jul 24, 2008 5:06 AM
Dikemaskini: 5:32 AM

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memandang berat terhadap kemungkinan status Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diturun taraf daripada 'A' kepada 'B'.

Menurut Suaram, Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa mengenai Institusi Hak Asasi Manusia (ICC) telah menghantar notis tersebut kepada Suhakam baru-baru ini, memberinya tempoh setahun untuk suruhanjaya itu menyediakan bukti-bukti penambahbaikannya.

"Jika tidak, status Suhakam akan diturunkan dari 'A kepada 'B'," demikian menurut kenyataan Suaram hari ini.

suhakam ICC merupakan badan perwakilan bagi institusi hak asasi manusia (NHRI), yang ditubuhkan untuk mewujud dan memperkasakan NHRI mengikut Prinsip Paris (standard antarabangsa bagi NHRI yang bebas dan berkesan).

Suaram menyifatkan notis yang dihantar oleh badan antarabangsa itu sebagai satu tamparan yang serius terhadap kredibiliti Suhakam serta kerajaan Malaysia yang menjadi anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada masa yang sama, katanya, tahun ini, Suhakam akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat tahunan Forum Asia Pasifik mengenai institusi hak asasi manusia nasional (APF) - sebuah pertubuhah NHRIs di wilayah Asia Pasifik.

"Mesyuarat tahunan APF itu akan diadakan pada 28-31 Julai ini di Kuala Lumpur. Ia akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Julai.

"Sebagai tuan rumah bagi acara penting seumpama itu, Suhakam pastinya akan menjadi perhatian masyarakat antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, Suaram akan mengadakan sidang akhbar esok untuk menyatakan pendiriannya mengenai kemungkinan status Suhakam diturun taraf.

Suaram juga akan mengumumkan syor-syor untuk menambahbaik kebebasan dan keberkesanan suruhanjaya tersebut dalam mempromosi dan memelihara hak asasi manusia di Malaysia.

ADS