BERITA

'Saya boleh kenal polis kacak itu'

Rahmah Ghazali

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Jul 2008, 1:12 tengahari

Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian seorang mekanik dibelasah sewaktu kekecohan di Bandar Mahkota Cheras (BMC) berkata, dia masih ingat wajah anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terbabit, menurutnya seorang yang "kacak".

"Saya boleh mengecamnya kerana dia seorang yang kacak," kata Lai Wai Chong, 34, ketika memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

mahkota cheras fru assault youth victim chang jiun haur 100608 Suhakam sedang menyiasat sama ada polis telah menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam insiden pada 27 Mei lalu.

Semalam, mekanik Chang Jiun Haur (kiri) dan adik perempuannya, Jiun Mein menceritakan bagaimana Chang didakwa diheret keluar dari keretanya dan dibelasah oleh anggota FRU.

Menceritakan semula apa yang berlaku, Lai berkata beliau masih ingat anggota polis terbabit kerana dia seorang yang 'kacak'. Menurutnya, anggota polis itu tidak memakai cermin pelindung topi keledar.

Bagaimanapun, Lai yang bekerja sebagai pemasang alat penggera, memberitahu siasatan tersebut bahawa dia hanya boleh mengecam anggota polis tersebut jika dia "memakai pakaian seragam yang sama dipakainya pada malam tersebut".

"Jika tidak, saya tidak dapat mengecamnya kerana saya tidak tahu sama ada dia botak atau tidak," katanya yang membuat hadirin ketawa.

' Jerit henti pukul'

Lai, yang merupakan saksi pertama hari ini berkata, beliau nampak cheras mahkota fru assault on car sequence 280508 tiga hingga empat orang anggota polis berpakaian biasa, mengheret Chang keluar dari kereta. Mereka kemudiannya didakwa "menyepak dan memukul" mekanik tersebut.

"Apabila melihatnya, saya dan orang ramai di situ mula menjerit 'polis, jangan hentam rakyat!.

"(Tetapi) selepas kami menjerit, polis berhenti (memukulnya). Saya nampak dia (Chang) jatuh ke tanah dan dia disepak lagi," tambahnya.

Ekoran itu, kata Lai, mekanik tersebut cuba bangun dan ketika itulah dia dipukul oleh anggota FRU yang 'kacak' itu.

"Bila dia bangun, saya nampak anggota FRU itu meluru ke arahnya dan menggunakan perisainya untuk memukul orang itu (Chang) dan pada masa yang sama, menyepaknya. Saya rasa polis ingat dia mahu lari," tambahnya.

Ketika diminta menceritakan bagaimana anggota polis itu memukul Chang itu, Lai menjawab, dia menghentak Chang sekali dengan perisainya dan menyepaknya dua tiga kali di bahagian perut.

Siasatan awam Suhakam itu masuk ke hari kedua di ibupejabat suruhajaya tersebut di Menara Tun Razak di Kuala Lumpur.

Ia didengar oleh panel tiga anggota pesuruhjaya Suhakam yang dipengerusikan oleh Datuk Zaiton Othman. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.

Siasatan tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari, telah dilanjut sehari lagi sehingga esok.

Seramai 12 saksi telah dipanggil setakat ini manakala 10 lagi saksi dijangka dipanggil memberi keterangan esok.

Bidang tugas panel tersebut ialah:

bullet button Sama ada terdapat anggota penguatkuasa undang-undang, ketika menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang, telah menggunakan kekerasan yang berlebihan.

bullet button Jika berlaku kekerasan berlebihan, apakah berlaku pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang atau orang-orang, dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya.

bullet button Mengesyorkan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab melanggar hak asasi manusia itu.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.