Kenalan Anwar gesa gugur dakwaan

   

Kenalan-kenalan lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dari negara luar menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu "sebagai menghormati hak-hak individu" yang penting untuk membina hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa.

Kenalan itu termasuklah Michel Camdessus, pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); James Wolfensohn, bekas pengerusi Bank Dunia dan Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada.

"Kami ingin mengulangi keyakinan pada integriti akhlaknya (Anwar), sebagai seorang yang pernah menunjukkan, tanggungjawab di peringkat negara dan antarabangsa, tahap etika kepemimpinan tertinggi, dalam memperjuangkan keadilan, keamanan dan pembangunan antarabangsa," kata mereka dalam satu kenyataan.

Anwar kini sedang disiasat selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengadu diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

Malaysiakini
terkini untuk anda