Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam meminta polis menyiasat segera kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dua bulan lalu.

"Kita minta polis menyegerakan siasatan. Jika tidak, kita akan bawa perkara ini untuk perhatian Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia)," katanya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, kepada Malaysiakini petang ini.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Perempuan Kapar itu dilaporkan hilang pada 19 Jun lalu ketika dalam perjalanan ke sekolah yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari rumahnya di Taman Intan Jaya, Kapar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku lebih kurang jam 7.30 pagi

Keluarga pelajar itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Klang pada hari yang sama.

Mereka turut mengemukakan maklumat kepada pihak berkuasa itu dari semasa ke semasa untuk memantu siasatan tetapi sehingga kini kes itu belum diselesaikan.

police headquarters bukit aman Menurut S Manikavasagam, ahli parlimen Kapar, kehilangan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan suspek yang sama dalam kes-kes penculikan lain di kawasan itu.

Ibu mangsa Vijaya Lectchumy hari ini membawa aduan kes tersebut kepada ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman dengan suaminya yang dikenali Parmasiram bersama iringan 20 penyokong PKR dari Kapar yang diketuai ahli parlimen tersebut.

Manikavasagam turut menyerahkan memorandum meminta polis mengawal kadar jenayah di kawasan parlimennya dengan meningkatkan rondaan sekitar kawasan itu.

Memorandum itu diserahkan kira-kira 2.45 petang kepada seorang pegawai berpangkat ASP mewakili ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Manikavasagam menambah, keluarga mangsa sangat sedih dengan kehilangan anak mereka itu.

Anak sulung itu daripada empat orang adik-beradik dikatakan seorang pelajar yang berprestasi baik di sekolahnya.

ADS