Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Forum dihenti elak ketegangan
Diterbitkan:  Aug 9, 2008 2:46 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam yang berlangsung di ibunegara hari ini terpaksa ditamatkan lebih awal bagi mengelak timbulnya keadaan tegang dan suasana tidak terkawal, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

syed hamid albar 02 Katanya, polis menasihatkan penganjur supaya menamatkan lebih awal forum itu bagi mengelak sebarang ketegangan berikutan jumlah orang ramai yang mengadakan demonstrasi di luar pejabat Majlis Peguam, tempat berlangsungnya forum itu, terus bertambah.

"Kita tidak mahu perasaan marah itu membawa kesan yang di luar dugaan. Setakat ini saya tidak menerima laporan tentang ancaman keselamatan atau gangguan terhadap ketenteraman awam secara keseluruhan.

"Pihak polis telah bertindak dengan baik untuk mengawal keadaan," katanya kepada pemberita di Kota Tinggi hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Syed Hamid berkata sensitiviti orang lain perlu dihormati walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.

convertion forum protest 090807 big crowd Forum yang mendapat bantahan keras dari pelbagai pihak dan pertubuhan itu, bermula sebagaimana dijadualkan pada jam 9 pagi, tetapi ditamatkan satu jam kemudian selepas dinasihatkan oleh polis. Forum itu dijadual tamat pada jam 1.30 tengah hari.

Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga yang mengumumkan penamatan forum tersebut pada 10 pagi berkata, polis telah menasihatkan agar forum itu ditamatkan lebih awal.

Harap 'terima mesej'

Syed Hamid berkata, beliau berharap Majlis Peguam menerima mesej yang mahu disampaikan bahawa "ada perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka, malahan diadakan di tempat persendirian."

Beliau berkata, kes yang melibatkan seseorang memeluk agama Islam boleh dirujuk ke mahkamah untuk penyelesaian.

Mengenai desakan sesetengah pihak yang mahukan kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Majlis Peguam, beliau berkata, kerajaan tidak mahu menggunakan pendekatan undang-undang pencegahan dengan sewenangnya.

bar council islamic forum controversy inccident 090808 03 Katanya, kerajaan hanya akan bertindak menggunakan akta-akta pencegahan sedia ada, jika selepas siasatan menunjukkan terdapat keperluan untuk menggunakannya.

"Kita cukup berhati-hati untuk menggunakan akta pencegahan, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu memastikan ketenteraman awam dan kepentingan negara tidak terganggu dan tergugat," katanya.

Beliau meminta golongan terpelajar seperti Majlis Peguam agar mengambil pendekatan berhati-hati dalam membincangkan itu tertentu seperti isu agama supaya tiada keperluan bagi kerajaan menggunakan Akta Hasutan dan ISA bagi membendung keadaan.

Syed Hamid turut meminta umat Islam negara ini tidak mengambil langkah berdiam diri, tetapi sebaliknya perlu menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu yang menyentuh kepentingan mereka.

ADS