Nik Nazmi sahkan ditangkap khalwat, mohon maaf pada keluarga, parti
Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa dia salah seorang daripada dua individu yang ditahan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Petaling Jaya kelmarin.
"Saya ingin mengesahkan saya adalah salah seorang daripada individu dalam insiden tersebut,” kata bekas menteri berkenaan dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi yang juga bekas naib presiden PKR berkata, sebelum kejadian, dia bersama rakan-rakan berbincang di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.
Katanya, mereka kemudian meneruskan perbicangan di Petaling Jaya kerana ingin melihat beberapa bahan berkaitan dengan projek yang dibincangkan.
"Pada masa pegawai Jais tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan. Seperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai Jais, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.
"Saya ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga dan keluarga kami dan semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku. Saya akan memberikan kerjasama untuk sebarang proses perundangan," katanya.
Mohon maaf kepada parti
Dalam pada itu Nik Nazmi turut memohon maaf kepada Bersama berikutan insiden itu dan akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat parti berkenaan.
"Saya juga memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong Bersama, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti.
"Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media," tambahnya.
Semalam, dilaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita dalam serbuan Jais di sebuah kediaman di Petaling Jaya.
Malaysiakini pada masa itu tidak mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sementara menunggu pengesahan dan maklum balas daripadanya.
Jais kemudian mengesahkan penahanan dua individu itu atas dakwaan berkhalwat.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/05/ae9620f819e48d8f563131efa702cc12.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.