Dalam alasan penghakiman penuh yang dikeluarkan hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka, Isa Ibrahim memberi peringatan yang amat tajam kepada ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh: “Manners maketh man” (Adab membentuk keperibadian).

Penghakiman itu menyusul selepas tamat pertikaian undang-undang selama dua tahun antara ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Akmal, yang disaman pemimpin DAP itu atas dakwaan fitnah berhubung pertikaian di media sosial mengenai cadangan kerajaan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi perniagaan tertentu.

Semalam, mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Kok, serta memerintahkan Akmal membayar ganti rugi dan kos perundangan sebanyak RM300,000.

Akmal, yang juga Adun Merlimau, turut diperintahkan supaya memadamkan semua kenyataan yang dipertikaikan itu daripada media sosial dan dilarang daripada menerbitkan semula kenyataan berunsur fitnah berkenaan atau perkataan yang membawa maksud serupa.

Malaysiakini menyiarkan penghakiman penuh itu seperti berikut: