Guru cedera diserang pelajar di Kuching
Diterbitkan: Oct 21, 2026 5:52 PM
Seorang guru wanita cedera selepas dipercayai diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat, di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan senjata yang ditemukan, ialah pisau kecil jenis penknife dan juga kapak kecil.
“Butiran lanjut berhubung kejadian itu akan disampaikan Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati, keadaan di pekarangan sekolah itu tenang dengan beberapa pihak media berada di lokasi.
Terdahulu, tular video seorang pelajar bertindak menyerang seorang individu wanita yang dipercayai gurunya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/attachments/orphans/34534534543345_304666.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.