Agihan kerusi Melaka: PAS ‘macai’ BN, kata Khalid
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menyifatkan PAS sebagai “budak suruhan” dan “macai” Barisan Nasional (BN) berdasarkan agihan kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Dia turut menyifatkan kerjasama kedua-dua pihak sebagai perpaduan ke arah kebinasaan Melayu.
“Pembahagian 21 kerusi kepada Umno-BN dan tujuh kerusi kepada PAS dan rakan-rakan PAS menjelaskan kedudukan sebenar PAS sebagai hanya sekadar budak suruhan dan macai Umno-BN dalam arena politik negara.
“Ke mana perjuangan PAS yang selama ini dibawanya atas prinsip Islam yang menolak asabiah, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa?
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/07/9aead12c690231e0c5373afbe7f4e972.jpg)
“Dalil baru PAS yang berasaskan perangai anjing kampung yang bersatu untuk menghalau rusa dan kijang yang masuk kampung telah jelas menggantikan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah yang selama ini telah memberikan PAS citranya yang tersendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Khalid mendakwa Umno serta rakan komponennya dalam BN, termasuk MCA dan MIC, mahu terus menyuburkan apa yang dilabelnya sebagai budaya “politik sakau” dan berbangga dengannya.
PAS pula, dakwanya, mahukan kuasa untuk menyuburkan budaya “politik pukau”, dengan pengikut patuh secara membuta tuli kepada pemimpin agama yang disanjung.
“Halal boleh menjadi haram dan haram menjadi halal kerana akur dan patuh secara buta tuli kepada ‘ulama’ sanjungan mereka,” katanya.
Pada 21 Okt, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan rundingan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimuktamadkan.
Menurut Zahid, BN akan bertanding di 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka, manakala PAS dan rakan sekutunya akan bertanding di baki tujuh kerusi.
Prinsip penyandang
Dalam ulasan berasingan, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan berkata prinsip penyandang menjadi asas agihan kerusi antara gabungan itu dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.
Katanya, prinsip itu dipersetujui secara umum dan turut digunakan dalam rundingan agihan kerusi di negeri lain.
“Konsep yang secara umumnya dipersetujui ialah penyandang, bermaksud wakil rakyat yang sedang memegang kerusi berkenaan,” katanya seperti dilaporkan NST Online.
Sebagai contoh, Takiyuddin merujuk kedudukan PAS dan PN di Kelantan.
“Di Kelantan, PAS dan PN memegang 42 daripada 45 kerusi, menjadikan mereka penyandang bagi kerusi-kerusi berkenaan,” katanya.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/04/c22448cc3ad292e3b7ca26aaf8a03cba.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.