Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adun PKR masuk hospital diserang sakit jantung
Diterbitkan:  Sep 25, 2008 4:43 AM
Dikemaskini: 4:45 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan dari PKR, Rashid Latiff, 56, dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di Seremban akibat diserang sakit jantung dua hari

lalu.

Rashid yang ditemui Bernama di hospital itu hari ini berkata beliau

diserang sakit jantung ketika berada di rumahnya di Taman Rashibah Indah pada kira-kira jam 4 pagi dan dikejarkan ke HTJS dengan ambulans.

"Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil setelah mendapat rawatan.

Saya dijangka keluar dari hospital petang ini," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini beliau pernah menjalani pemeriksaan endogram di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selama empat hari.

Rashid berkata beliau akan membuat pemeriksaan lanjut di IJN pada 17 Oktober ini bagi menetapkan tarikh pembedahan pintasan jantung.

ADS