mk-logo
Berita
Batu terapung boleh sembuh penyakit
Diterbitkan:  Oct 8, 2008 10:49 AM
Dikemaskini: Oct 9, 2008 4:29 AM

Seorang kontraktor mendakwa seketul batu ajaib mempunyai kuasa untuk menyebutkan beberapa penyakit termasuk lelah dan kayap apabila seseorang meminum air yang direndam objek itu.

Air rendaman batu itu juga boleh disapu pada badan untuk mengubat, dakwanya lagi.

Batu seberat 1.3 kilogram ditemui terapung-apung di atas permukaan air di Sungai Belat, Kampung Belukar dekat Kuantan, lapor Bernama .

Mohd Sharifuddin Aziz, 30, berkata beliau bersama rakannya Ghazali Sidek,38, menemui batu itu ketika dalam perjalanan pulang selepas memancing di sungai itu dua bulan lepas.

Katanya, pada mulanya mereka tidak mengendahkan batu itu kerana menyangka ia adalah gabus.

"Setelah mendekati benda tersebut, kami terkejut apabila

mendapati ia merupakan sebongkah batu yang terapung," beliau dipetik sebagai berkata hari ini.

Tambahnya, selepas seminggu batu itu ditemui, beliau pernah didatangi seorang pengamal perubatan tradisional yang sanggup menawarkan harga RM10,000 bagi membeli batu tersebut, namun tidak dijualnya.

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS