Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penulis puisi Ratu Anjing: Yang Melengking Itu (Panggak Binasa Terlajak Kata) yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini berkata, ia hanyalah sekadar peringatan umum supaya apa sahaja yang ingin dilakukan, hendaklah dilakukan dengan bijaksana dan penuh kematangan.

Dr Ibrahim Ghaffar, 59, berkata, orang yang bercakap, perlu waspada dan jangan sampai terlajak kerana ia boleh membawa binasa.

"Ia seperti kata pepatah Melayu 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa'.

utusan malaysia teresa kok puisi insult ratu anjing dr ibrahim ghaffar 161008 "Ia hanyalah sebuah puisi umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dr Ibrahim yang juga bekas pensyarah sebuah universiti menegaskan, beliau tidak mempunyai ideologi politik dan oleh kerana itu, tidak mahu terbabit dengan sebarang kontroversi.

Katanya, puisi tersebut seharusnya tidak menimbulkan sebarang kontroversi kerana ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan individu.

Tiada kontroversi

"Beberapa puisi saya sebelum ini, tidak menjadi kontroversi, walaupun ia secara khusus ditujukan kepada pihak tertentu.

Dua puisi Sejarah Penubuhan UiTM dan Melayu Yang Terancam dan Monolog Sebuah Kemerdekaan , yang dihasilkannya lima tahun lepas, "jauh lebih keras tetapi tidak menimbulkan kontroversi" orang ramai.

Bagaimanapun, tambahnya, polis memanggilnya untuk memberi penjelasan mengenai kedua-dua puisi tersebut selepas ia diterbitkan.

Puisi pertama penyajak mapan ini bertajuk Pulau diterbitkan pada 1969.

Sekarang beliau merupakan ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Penulis Nasional (Pena) sejak 10 tahun lalu.

"Sebagai seorang penulis saya bebas memberi pandangan dan membuat teguran secara jujur," katanya.

Jelas maksud 'Kok'

"Puisi Ratu Anjing: Yang Melengking Itu (Panggak Binasa Terlajak Kata) saya hasilkan daripada pembacaan, telaah dan pemerhatian keadaan sekeliling daripada apa yang telah berlaku.

"Dan saya serahkan kepada umum untuk menilai puisi tersebut."

Ketika ditanya maksud kok dalam pusinya itu, Dr Ibrahim berkata, ia peribahasa atau pepatah bahasa Minangkabau yang bermaksud "kalau, kalau-kalau atau takut-takut".

Katanya, kok dalam rangkap terakhir puisinya itu untuk menegaskan maksud "rasa hairan, marah dan lain-lain".

"Contoh ayat (penggunaan kata kok) kok masih pakai celana yang koyak-koyak ?" katanya.

ADS