Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang parlimen: Karpal digantung 2 hari
Diterbitkan:  Oct 23, 2008 5:45 AM
Dikemaskini: 5:57 AM

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama dua hari berkuatkuasa serta-merta kerana menuduh Speaker Dewan, Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia main-main dan tidak serius ketika mempengerusikan persidangan dan membuat peraturan.

"Saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan 44(3) kepada Bukit Gelugor, saya gantung dua hari tidak boleh hadir dewan kerana guna perkataan kurang ajar, saya sekarang serius dan tidak main-main," kata Pandikar Amin.

parliament 231008 karpal singh Ketegangan itu bermula apabila Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam Malaysia April lalu.

Ketika menjawab soalan itu, Mohamed Nazri menyebut: "Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik."

Menurut Bernam a, Pandikar Amin kemudian menjelaskan bahawa Mohamed Nazri tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU).

"Saya rayu supaya ahli Yang Berhormat berpegang teguh pada Peraturan Mesyuarat dan elakkan daripada berhujah yang melanggar Peraturan Mesyuarat.

"Bagi saya, saya tidak nampak situ ada Peraturan Mesyuarat dan apabila saya buat (keputusan) maka Wangsa Maju saya arah keluar, ada lagi ahli Yang Berhormat saya suruh keluar," katanya.

parliament speaker pandikar amin Jawapan Pandikar Amin (foto) itu bagaimanapun tidak diterima oleh Karpal dan berkata: "Tuan Speaker, jangan main-main. Tuan Speaker tidak serius dalam perkara ini."

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian bangkit dan meminta agar Pandikar Amin tidak meneruskan keputusannya untuk menggantung Karpal.

Pandikar Amin berkata beliau akan berkompromi dengan keputusannya itu jika Anwar (PKR-Permatang Pauh) dapat memberi jaminan bahawa pada masa akan datang perkara seperti itu tidak akan berulang.

"Sebelum ini saya enggan menggunakan kuasa saya, kalau ketua pembangkang boleh beri jaminan kepada saya bahawa dalam persidangan akan datang bahawa tuduhan liar selama ini pura-pura saya tidak dengar.

"Berat untuk saya buat keputusan dan tarik balik. Kalau saya dapat sokongan daripada ahli Yang Berhormat bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya.

ADS