mk-logo
Berita
Jazlan tarik diri tanding timbalan presiden
Diterbitkan:  Oct 26, 2008 5:45 AM
Dikemaskini: 5:46 AM

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengumumkan menarik daripada menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden.

nur jazlan mohamed Sejak bahagian mula bermesyuarat mulai 9 Oktober lalu, beliau yang juga ketua bahagian Pulai belum mendapat sebarang pencalonan.

Tiga lagi calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga ini mendapat 56 pencalonan.

Manakala Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat 18 dan 11 pencalonan.

Sebanyak 191 bahagian mengadakan bermesyuarat perwakilan masing-masing sehingga 9 November depan.

The Star memetik Jazlan menyatakan sokongannya kepada gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

"Saya memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Datuk Zahid Hamidi untuk jawatan naib presiden," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Pulai hari ini.

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS