BERITA

Projek landasan berkembar diberi secara runding terus

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Nov 2008, 6:58 pagi

Projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar yang bernilai RM12.485 bilion telah diberikan kepada MMC-Gamuda JV melalui cara rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

"Projek ini adalah secara rundingan terus dan telah mengambil kira tentang kepakaran yang ada pada syarikat-syarikat yang telah menawarkan untuk melaksanakan projek-projek ini," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai cara projek tersebut diberikan kepada MMC-Gamuda, pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut laporan Bernama, Lajim berkata cara rundingan terus adalah lebih baik kerana projek itu merupakan projek yang besar dan memerlukan kepakaran untuk membolehkan kerja-kerja berkenaan dibuat dengan sempurna dan dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu merangkumi tempoh lima tahun mulai 8 Januari 2008 hingga 7 Januari 2013.

Projek itu dilaksanakan secara "reka dan bina", dan skop kontrak meliputi perancangan, reka bentuk, pelaksanaan projek, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaran.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.