BERITA

Sidang akhbar Razak Baginda dibatalkan

Jimadie Shah Othman

Diterbitkan
Dikemaskini 6 Nov 2008, 4:46 pagi

abdul razak baginda postponed pc event 061108 02 Kira-kira 50 wartawan tempatan dan luar negeri kecewa apabila sidang akhbar penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang dijadualkan diadakan di sebuah hotel di ibunegara pagi ini dibatalkan.

Wartawan tersebut berkumpul di situ sejak jam 8 pagi. Sidang akhbar berkenaan dijadual bermula jam 9.30 pagi.

Apabila ditanya oleh wartawan, pihak pengurusan hotel bersebut berkata pihaknya dimaklumkan sidang akhbar tersebut telah ditunda.

Bagaimanapun mereka tidak tahun butiran lanjut mengenainya.

Difahamkan, keputusan untuk membatalkan sidang akhbar tersebut dibuat malam tadi.

abdul razak baginda Sementara itu, anak perempuan beliau, Rowena dalam sebuah kenyataan, meminta maaf di atas penangguhan sidang akhbar tersebut.

“Beliau (Abdul Razak) sedang menyesuaikan diri sebagai seorang yang bebas, selepas berada di dalam penjara hampir dua tahun. Beliau fikir beliau dapat membuat penyesuaian sejurus selepas dibebaskan, tetapi perkara itu ternyata memakan sedikit masa," katanya.

Rowena berkata, Abdul Razak juga mengambil kira kesihatan dirinya dan akan berada di Malaysia untuk beberapa minggu lagi.

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.