Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pucuk pimpinan PKR disarankan supaya menjemput veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menghadiri Kongres Tahunan Nasional parti yang akan berlangsung hujung bulan ini.

khalid jaafar "Itu pendapat saya secara peribadi...beliau patut dijemput hadir dan berucap," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, Khalid Jaafar.

Beliau yang juga bekas setiausaha akhbar penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya kemungkinan Tengku Razaleigh itu membuat penampilannya dalam kongres kali ini.

tengku razaleigh 02 Desas-desus kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR muncul awal bulan lalu apabila pertemuan beliau dilaporkan membuat pertemuan dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada pertemuan tersebut, mereka dilaporkan berbincang mengenai pembentukan konsep kerajaan perpaduan.

Menegaskan bahawa saranan itu pendapat peribadinya, Khalid berkata, walaupun ditolak oleh Umno, ahli parlimen Gua Musang itu patut dijemput atas kapasitinya sebagai orang lama dan berpengalaman dalam politik Malaysia.

Tengku Razaleigh menawarkan diri bertanding jawatan presiden Umno tetapi gagal mendapat kelayakan minima 59 pencalonan seperti yang ditetapkan oleh parti itu.

Beliau hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya - Gua Musang. Berikutan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.

Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.

ADS