Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Peguam yang mewakili penulis blog Raja Petra Kamarudin berhujah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa adalah bercanggah dengan perlembagaan bagi kes fitnah didengar oleh mahkamah tersebut kerana ia sepatutnya didengar oleh Mahkamah Majistret, tempat beliau didakwa.

raja petra kamaruddin rpk session court kl 241108 02 Manjeet Singh Dhillon, ketika mengemukakan bantahan awal sebelum perbicaraan bermula, berkata pemindahan kes tersebut adalah bercanggah dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kesaksamaan.

Katanya, Mahkamah Majistret mempunyai bidangkuasa untuk mengenakan denda maksima RM10,000 berbanding dengan kuasa Mahkamah Sesyen.

Manjeet berkata, mengikut seksyen 8(1) Akta Mahkamah Rendah 1948, seseorang majistret boleh menjatuhkan sebarang hukuman tidak melebihi lima tahun penjara, denda maksima RM10,000 atau sebat sehingga 12 kali atau mana-mana gabungan hukuman yang dibenarkan dalam tiga pilihan tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, Seksyen 64 Akta Mahkamah Rendah 1948 membenarkan Mahkamah Sesyen menjatuhkan sebarang hukuman selain daripada hukuman mati.

Menurutnya, tiada had bagi denda maksima yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah sesyen, tidak seperti kuasa majistret.

Oleh itu, katanya, jika kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, maka pelanggannya akan terdedah kepada hukuman denda yang lebih berat oleh Mahkamah Sesyen jika dibanding seandainya kes tersebut kekal didengar di Mahkamah Majistret.

raja petra kamaruddin rpk session court kl 241108 01 Manjeet berkata, persoalannya sekarang ialah sama ada ia boleh menjatuhkan hukuman denda yang lebih berat terhadap mereka yang menghadapi tuduhan yang sama di Mahkamah Majistret.

Berikutan itu, hujahnya, Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat mempunyai dua pilihan, iaitu memindahkan balik kes tersebut ke Mahkamah Majistret atau menggantung prosiding mengikut Akta Mahkamah Kehakiman dan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan persoalan perlembagaan dan juga tentang kesahihan di segi undang-undang langkah pihak pendakwa memindahkannya di bawah seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah.

Sebelum itu, Manjeet berhujah bahawa perintah majistret untuk memindahkan kes tersebut pada 15 Ogos adalah batal dan tidak sah dan bercanggah dengan seksyen 177 kerana tidak ada alasan untuk memindahkan kes tersebut berdasarkan kepada kepentingan umum.

Beliau juga berkata, di bawah seksyen 417 Kanun Prosedur Jenayah, hanya hakim Mahkamah Tinggi boleh membuat perintah pemindahan kes dari mahkamah rendah.

Katanya, memandangkan kes tersebut didengar oleh Mahkamah Majistret di mana Raja Petra didakwa, maka ia mesti kekal didengar di situ.

Baca berita penuh

ADS