Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Faridah Abu Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau menghantar SMS kepada bahagian-bahagian meminta mereka mencalonkan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk jawatan naib ketua pergerakan tersebut.

Ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Wanita Barisan Nasional (BN) di ibu negara semalam, beliau menafikan berbuat demikian.

"Daripada hantar SMS, lebih baik saya angkat telefon bercakap terus dengan ketua-ketua Wanita bahagian.

"Saya tidak buat kerja-kerja macam tu (hantar SMS)," katanya.

Sebelum ini, seorang exco pergerakan tersebut mendakwa bahawa Faridah menghantar SMS kepada pemimpin Wanita bahagian supaya mencalonkan Azalina bertanding jawatan naib ketua.

Pada masa yang sama, kata exco tersebut, Faridah juga dikatakan meminta bahagian mencalonkan beberapa exco yang menjadi penyokong ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, untuk jawatan tersebut.

Exco itu juga mendakwa, pemimpin yang dicadangkan itu ialah ketua Wanita Johor, Datuk Halimah Sadique dan ketua Wanita Pahang, Datuk Maznah Mazlan.

Kumpulan penyokong Rafidah dikatakan berbuat demikian kerana kecewa setelah kumpulan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membantah pengumuman pelan peralihan pada Jun 2009 yang diumumkan Rafidah tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

Selepas 191 bahagian selesai bermesyuarat, Rafidah mendapat 118 pencalonan untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan bagi jawatan tersebut.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini