Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita kontroversi PKNS terima anugerah Sultan
Diterbitkan:  Dec 11, 2008 4:24 AM
Dikemaskini: 5:34 AM

Pemimpin utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Low Siew Moi, yang kontroversi kerana pelantikannya dipertikaikan bulan lalu, mendapat bintang kebesaran Selangor bergelar Datin Paduka.

low siew moi Pemangku pengurus besar perbadanan itu (foto) bersama pengarah filem Shuhaimi Baba (foto kedua) menerima darjah kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kelas kedua yang membawa gelaran "Datuk" bagi penerima lelaki dan "Datin Paduka" bagi penerima wanita.

Sembilan lagi penerima darjah kebesaran itu termasuklah peguam Salehuddin Saidin, yang juga bekas timbalan pendakwaraya yang pernah menimbulkan isu besar apabila digugurkan di saat-saat awal daripada pasukan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu tahun lepas.

shuhaimi baba Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu didahului oleh ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof daripada senarai 95 penerima darjah dan bintang kebesaran bersempena Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Abdul Aziz menerima darjah kelas pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Istiadat itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Turut menerima darjah kebesaran SPMS ialah bekas panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Tan Sri K Thanabalasingam.

bersih 1st year anniversary pj vigil arrest 111108 khalid cpo Sebelas penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita termasuklah Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (foto kanan) ; ahli arkeologi yang menemui "Perak Man" dan pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Datuk Siti Zurina Abdul Majid; dan pengarah urusan syarikat terkenal Satay Kajang Haji Samuri Sdn Bhd, Samuri Juraimi.

shalin zulkifli Seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS).

Pemain boling negara Shalin Zulkifli (foto kiri) menerima darjah kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) bersama 11 yang lain.

Seramai 18 orang menerima darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS), 18 lagi menerima darjah kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) dan tujuh dianugerah Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC).

ADS