Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan enggan layan desakan nelayan
Diterbitkan:  Dec 15, 2008 5:50 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Kerajaan tidak mungkin menurunkan harga petrol dan diesel bersubsidi kepada RM1 seliter seperti tuntutan 20,000 nelayan yang boikot ke laut mulai Jumaat lepas, kata menteri pertanian dan industri asas tani.

Datuk Mustapa Mohamed berkata selain penambahan kuota diesel sebanyak 4,000 liter sebulan sejak awal bulan ini, kerajaan turut menawarkan insentif pendaratan sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram tangkapan bagi pemilik-pemilik kapal tunda serta elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan bagi anak-anak kapal.

"Nak puaskan hati semua pihak memang mustahil," katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian itu hari ini, lapor Bernama .

Sabtu lalu, kerajaan mengumumkan harga diesel dan petrol bersubsidi ditunkan 13 sen kepada RM1.30 seliter mulai esok tetapi ada nelayan pukat tunda yang tidak berpuas hati dan menuntut supaya ia diturunkan lagi kepada RM1 seliter.

Mustapa berkata jika dilihat daripada segi logik, dan daripada maklumat tidak rasmi, nelayan-nelayan tersebut sebenarnya turut memperoleh pendapatan yang besar.

"Peruntukan untuk insentif pendaratan adalah RM130 juta setahun, dan jangkaan tuntutan adalah RM11 juta sebulan tapi yang dituntut cuma RM2.9 juta saja.

"Ini bermakna mereka juga mendapat pendapatan yang besar kerana mereka tidak memerlukan insentif ini, (malah) ada yang takut buat pengisytiharan, takut pihak lain mendapat rahsia kejayaan mereka.

"Harga ikan pun dah naik secara purata RM1 sekilogram berbanding tahun lalu. Ini membuktikan mereka tidaklah susah," katanya.

ADS