Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

"Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengulas lanjut, tetapi beliau jelas dilihat merujuk kepada Wan Ahmad Farid sebagai seorang yang rapat dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi menteri dalam negeri pada tahun 2003.

Beliau dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan timbalan menteri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa pilihanraya kecil tersebut amat penting bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai kempen kali ini.

Baca berita penuh

ADS