Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kempen di KT bergerak perlahan
Diterbitkan:  Jan 8, 2009 1:45 PM
Dikemaskini: Jan 9, 2009 3:03 AM

dikemaskini Tidak seperti keghairahan peminat politik di seluruh negara, kempen di hari ketiga pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu masih bergerak perlahan-lahan sejak penamaan calon.

kuala terengganu by election bn poster billboard campaigns 080109 03 Walaupun tiga calon, khususnya PAS dan BN, mula bertemu pengundi, poster-poster masih banyak belum dinaikkan sehingga menjadi tanda tanya sama ada wujud pilihanraya kecil di bandar ini atau tidak.

Seorang petugas Angkatan Muda PKR dari Gombak "terkejut" dengan gerak perlahan kempen dalam pilihanraya kecil ini, khususnya jentera PAS.

Muhamad Islam Ismail, yang berpangkalan di DUN Ladang, berkata daya gerak pilihanraya ini "sangat berbeza" daripada pilihanraya-pilihanraya kecil yang pernah disertai sebelumnya.

Perang poster - yang menjadi kemuncak kempen tradisi BN dan PAS - hanya kelihatan di beberapa bilik gerakan dan simpang-simpang jalan tertentu sahaja.

kt by election 070109 anwar and abdul wahid Sementara banyak kampung masih lengang daripada suasana pilihanraya yang dianggap penting bagi parti-parti Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan lawannya Mohd Abdul Wahid Endut.

Bagaimanapun BN menaikkan banyak poster besar calonnya bersama barisan pemimpin kanan negara dan negeri (foto atas & bawah) .

Kedua-dua parti ini dipercayai akan mula menggerakkan kempen lebih besar malam ini dan Jumaat, hari kelepasan am bagi Terengganu sehingga 17 Januari ini.

Dalam suasana BN mula menaikkan poster warna-warni calonnya, PAS dijadual mula menampal poster Abdul Wahid penghujung minggu ini apabila ia siap dicetak di Kuala Lumpur.

kuala terengganu by election 080109 bn putting up mega poster Ejen calon PAS, Wan Sukairi Wan Abdullah mengakui bahawa partinya tidak dapat menandingi kemeriahan bahan-bahan kempen BN tetapi melipatgandakan strategi berceramah dan mendekati pengundi dengan sentuhan peribadi (foto tengah) .

"Poster yang ada sekarang, itu stok-stok lama di peringkat cawangan," katanya kepada Malaysiakini .

Katanya, PAS mengadakan hampir 10 ceramah besar dan berbelas-belas ceramah kelompok kecil pada setiap malam di kawasan parlimen ini yang berpengundi lebih 80,000 orang.

Calon 'kurang menyengat'

Seorang ahli Umno cawangan Kampung Gelugor Raja, dalam DUN Wakaf Mempelam berkata, berdasarkan pengalaman lalu, poster banyak dipasang beberapa hari sebelum hari mengundi.

Nasrang Mohd Noor berkata, kalau pasang terlalu awal mungkin ia akan rosak kalau hujan lebat - pandangan yang sama disuarakan oleh pesuruhjaya PAS Datuk Mustafa Ali selepas sidang medianya pagi tadi.

"Biasanya, perang poster berlaku apabila di satu-satu tempat itu mempunyai kekuatan yang sama antara penyokong BN dan PAS.

kuala terengganu by election 080109 street 2 "Kerana mereka berlumba-lumba memasang poster untuk menunjukkan kekuatan masing-masing," kata Nasrang.

"Tetapi saya rasa bahang pilihanraya kecil ini belum panas lagi. Mungkin juga kerana faktor kedua-dua calon yang kurang 'menyengat'.

"Lainlah (jika dibandingkan) dengan Permatang Pauh kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. PKR nak menang sangat, BN pula nak kalahkan Anwar," tambahnya.

Selain taktik lazim BN dan PAS, calon bebas Azharudin Mamat @ Adam, 46, mengambil langkah tersendiri untuk menarik sokongan menjelang hari mengundi 17 Januari ini.

Seperti dimulakan pagi ini, beliau bergerak di kedai-kedai kopi untuk menyampaikan manifestonya menolong golongan susah di kawasan parlimen ini.

Sewaktu ditemui Malaysiakini malam tadi, Azharudin berkata, jam 1 pagi beliau mensasarkan kempennya kepada pengundi muda, manakala jam 6 pagi untuk pengundi dewasa.

Cara ini, menurut pengamal perubatan alternatif, menerbitkan rasa ikhlas di kalangan pengundi menyokongnya.

"Kalau pergi ke dai kopi saya tidak payah bercakap kerana ada orang lain yang bercakap memberitahu mengenai diri saya.

"Kadang-kadang tuan kedai sendiri bercakap bagi pihak saya. Saya cuma membayar minuman mereka," katanya.

ADS