BERITA

Muhyiddin: Jangan undi ikut rupa paras

Diterbitkan
Dikemaskini 12 Jan 2009, 11:48 tengahari

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengundi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu supaya memilih calon yang berkebolehan dan bukannya berdasarkan rupa paras.

"Selalunya orang kita melihat pada personaliti seseorang dan perwatakan, sehingga melupai soal lain yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin seperti prestasi dan kebolehan dalam memenuhi hasrat rakyat.

kuala terengganu by election wan farid interview 090109 03 "(Calon BN) Datuk Wan Ahmad Farid (foto) seperti orang kata jarang senyum, seperti saya juga. Kadang kala kita merasa terganggu dengan anggapan ini, tanpa mereka melihat kepada soal kebolehan sebenar Wan Ahmad Farid," katanya.

Personaliti calon yang lebih diperkatakan menjelang pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini. Soal peribadi dan bentuk fizikal calon dikupas dan diungkit pada setiap kempen.

Dalam pilihanraya kecil ini, Wan Ahmad Farid - yang akan berdepan dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Azam - turut menerima tempias apabila dituduh sebagai seorang yang sombong.

Belau terpaksa menangkis serang peribadi itu dengan menyifatkan pihak yang menyerangnya sebagai pihak yang muflis isu.

Bagi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, isu berwajah sombong atau tidak bukan isunya.

"Saya kenal Datuk Wan Ahmad Farid. Beliau sangat mesra dan bekerja keras membantu ramai orang. Berwajah serius bukan bermakna beliau tidak boleh menjadi wakil rakyat yang baik," katanya.

Pengundi Cina juga tidak mempunyai masalah dengan wajah calon.

"Kami kenal sangat dengan Wan Ahmad Farid. Beliau pernah bekerjasama dengan masyarakat Cina, malah pernah mempunyai rakan Cina dalam firma guamannya," kata Pengerusi MCA Negeri, Toh Chin Yaw.

Beliau berkata sebaliknya calon PAS, Mohd Abdul Wahid yang perlu lebih meyakinkan pengundi Cina.

"Beliau walaupun nampak jujur tetapi bukan seorang yang bersifat sederhana," kata Toh.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.